Football

Jokowi mahu Piala Presiden 2017 jadi kebangkitan bolasepak Indonesia

Bangkitlah bolasepak Indonesia!

Itulah harapan Presiden Indonesia Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi ketika merasmikan kejohanan Piala Presiden 2017 di Sleman, Yogyakarta pada Sabtu lalu.

“Ini kebangkitan pengurusan bolasepak Indonesia yang lebih profesional. Saya mahu bola sepak kita menyatukan semua.”

Bolasepak Indonesia sebelum ini melalui zaman kelam ekoran pergeseran dalaman dan menyebabkan bolasepak Indonesia digantung oleh FIFA dari menyertai sebarang kejohanan.

Tahun lalu penggantungan itu ditarik balik selepas pulihnya bolasepak Indonesia dan mereka beraksi dalam Kejohanan Piala AFF Suzuki 2016 di mana mereka berjaya mara hingga ke perlawanan akhir namun tewas kepada juara bertahan, Thailand.

Kejohana Piala Presiden 2017 disertai 20 pasukan dan dibahagikan kepada lima kumpulan yang akan bermain di Stadium Maguwoharjo di Sleman, Stadium Kanjuruhan di Malang, Stadium Si Jalak Harupat di Bandung, Stadium Kapten I Wayan Dipta di Gianyar Bali dan Stadium Ratu Pamelingan/ Gelora Bangkalan di Madura.

Other posts by