Bayangkan anda pergi ke 7-11 untuk membeli aiskrim, coklat, minuman….dan tiket perlawanan bolasepak?
Kelab Thailand Buriram United, telah melaksanakan penjualan tiket perlawanan mereka di pasaraya 7-11 bagi memudahkan penyokong mereka membeli tiket perlawanan.
Selain daripada 7-11, penyokong juga boleh membeli tiket perlawanan di stadium dan juga secara online di www.allticketthailand.com untuk menyaksikan perlawanan Buriram United.
Namun, bagi pembelian tiket di 7-11, penyokong akan dikenakan caj tambahan sebanyak 15 baht (RM 1.90).
Buriram United akan memulakan saingan liga mereka dengan menentang Chonburi FC pada 12 Februari di laman sendiri.
Other posts by Khairul Nizam