Pastinya peminat bolasepak di Singapura akan berharap perkara ini terjadi.
Namun, Messi bukanlah akan beraksi dalam Liga Singapura, tetapi menurut akhbar the Straits Times, perbincangan sedang dilakukan untuk perlawanan persahabatan di antara Argentina dan Singapura dijalankan pada minggu pertama Jun.
Perlawanan tersebut dijangka akan diadakan di antara 5-13 Jun kerana tempoh tersebut berada dalam kalendar FIFA sebagai tempoh perlawanan persahabatan menjelang Piala Konfederasi di Russia yang akan bermula pada 17 Jun.
Singapura pula akan beraksi menentang Chinese Taipei dalam saingan kelayakan Piala Asia 2019 pada 13 Jun. Maka perlawanan persahabatan tersebut dijangka akan dilakukan beberapa hari sebelum perlawanan tersebut.
Namun setakat ini masih tiada pengesahan dari Argentina FA dan Lagardere Sports, badan yang bertanggungjawab mengisi jadual perlawanan dan acara di Singapore Sport’s Hub.
Argentina dijadualkan bermain menentang Brazil di Melbourne, Australia pada bulan Jun juga sebagai persiapan mereka bagi Piala Konfederasi 2018.
Other posts by Khairul Nizam