Football

Zairil kini Presiden Pulau Pinang FA

Pengurus pasukan Pulau Pinang, Zairil Khir Johari kini memegang jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP).

Perkara ini dinyatakan oleh Setiausaha Agung FAP, Muhammad Asyraf Mohamad Yusof. Dia menyatakan bahawa Zairil telah dilantik untuk menggantikan Datuk Seri Nazir Ariff yang sebelum ini meletakkan jawatan pada bulan Disember lalu.

Memetik kenyataannya dari akhbar The Star, Asyraf berkata: “Disebabkan hanya ada satu pencalonan yang diterima apabila pencalonan ditutup oleh FAP pada 4 petang semalam, maka dengan automatik Zairil akan memegang jawatan sebagai presiden baru FAP.”

Pulau Pinang akan bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah bagi berdepan T-Team dalam aksi Liga Super pada 4 Februari nanti.

Pasukan dari utara tanah air ini kini berada di tangga tercorot Liga Super apabila tewas dua perlawanan awal mereka.

Other posts by