Football

Annuar Musa persoal penangguhan perlawanan Kelantan-JDT

Nampaknya perseteruan di antara Kelantan dan Johor Darul Ta’azim bukan sahaja di atas padang, tetapi juga di laman sosial.

Semalam, penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa mempersoal tindakan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) mengenai penangguhan perlawanan di antara Kelantan dan Johor Darul Ta’azim (JDT) di Kota Bharu.

Dalam status yang dimuatnaik di laman Facebooknya, Annuar Musa meminta FMLLP menjelaskan mengapa perlawanan tersebut ditunda di saat akhir peraturan hanya membenarkan penundaan perlawanan dilakukan di antara 7-14 hari sebelum perlawanan.

Photo credit: Facebook Tan Sri Annuar Musa
Photo credit: Facebook Tan Sri Annuar Musa

Dalam status berkenaan, dia berkata: “Benarkah perlawanan The Red Warriors VS JDT yang sepatutnya berlangsung pada 4 Februari telah di tunda saat akhir? Jika benar saya minta FMLLP jelaskan di bawah peraturan mana ianya di buat.

“Di bawah peraturan sedia ada,penundaan tertakluk kepada peraturan bertulis Liga Malaysia..antaranya penundaan memerlukan permohonan 14 hari lebih awal..Jika peraturan 14c hendak di pakai pun notis 7 hari diperlukan.”

“Jadual sedia ada sudah mengambil kira kelayakan JDT ke AFC dan playoff yg sudah lama di tetapkan.JDT hanya perlu berada di Osaka pada 5hb dan bukannya 4 Februari. Setiap pasukan pula mempunyai 30 pemain yg boleh di gilirkan..Namun faktor memberi masa rehat utk JDT boleh di fahami.Tapi isunya kenapa jadual asal tidak mengambil kira faktor ini dan pertukaran saat akhir merugikan penyokong tuan rumah yang telah mengambil cuti, membeli tiket penerbangan dan sebagainya.”

Tan Sri Annuar Musa juga meminta FMLLP memberi penjelasan dan sempat memerli pasukan JDT dengan mengatakan kebanyakan pasukan memerlukan rehat yang banyak sebelum bertandang ke Kota Bharu.

Other posts by