Athletics

Juara Olimpik Britain selar Donald Trump

Juara Olimpik dari Britain, Mo Farah menyatakan bahawa dia lega kerana dapat berjumpa dengan keluarganya di Amerika Syarikat selepas kerajaan Britain menyatakan bahawa larangan kedatangan Amerika Syarikat itu tidak dikenakan kepada penduduk yang lahir di UK, seperti Farah lapor media antarabangsa Reuters.

Farah yang lahir di Somalia, namun berhijrah ke UK semasa kecil, menyatakan kegusaran dia tidak akan dapat bertemu keluarganya di Amerika Syarikat. Dia kini sedang berlatih di Ethiopia.

“Kami memahami dari kenyataan yang dikeluarkan pada petang ini oleh Pejabat Komanwel dan Antarabangsa (FCO) bahawa larangan tersebut tidak dikenakan ke ata Mo dan kami berterima kasih kepada FCO kerana menjelaskan perkara ini,” kata wakil Farah kepada BBC. “Mo kini lega kerana dapat pulang bertemu keluarganya selepas latihan di kem selesai.”

Jurucakap berkenaan menambah bahawa Farah tetap “tidak bersetuju dengan polisi yang memecah belah dan mendiskrimnasikan itu.”

Dalam satu kenyataan oleh Mo Farah pada hari Ahad lalu, dia menyatakan: “Pada 1 Januari, Permaisuri telah menjadikan saya seorang ‘Knight of the Realm’. Pada 27 Januari, Presiden Donald Trump nampaknya telah menjadikan saya makhluk asing.”

Dia turut menyatakan: “Ianya sangat mengganggu apabila saya perlu memberitahu kepada anak-anak saya bahawa bapa mereka mungkin tidak dapat pulang- menjelaskan kenapa presiden memperkenal polisi yang hadir daripada sikap prejudis dan kejahilan.”

Mo Farah yanh berpengkalan di Portland, Oregon di Amerika Syarikat untuk enam tahun lalu, merupakan atlet trek paling berjaya Britain, apabila dia merangkul pingat emas untuk acara 5,000 dan 10,000 meter di Sukan Olimpik London 2012 dan mengulanginya pada tahun 2016 di Rio de Janeiro.

Trump mengumumkan penghentian empat bulan terhadap kemasukan pelarian ke Amerika Syarikat dan penggantungan sementara untuk pengembara dari Syria dan enam negara Islam, yang dikatakan akan mempertahan rakyat Amerika dari keganasan.

Other posts by