Featured, Football

“Ramai masih pandang rendah terhadap fisio wanita” – Fortunella Levyana

Pasukan Piala FAM 2017, Terengganu City FC yang baru ditubuhkan telah mencipta kejutan apabila membawa masuk fisioterapis wanita dari Indonesia Fortunella Levyana menyertai pasukan mereka.

Fortunella yang berusia 25 tahun berasal dari Jakarta dan pernah bertugas bersama Pelita Bandung Raya (kini dikenali sebagai Madura United), Persib Bandung dan juga pasukan kebangsaan wanita Indonesia. Kami berkesempatan berbual dengannya ketika Terengganu City datang ke Kuala Lumpur dalam persiapan pra-musim mereka.

FO: Setakat ini apakah perbezaan yang dapat dilihat di antara pasukan di Malaysia dan Indonesia?

FL: Disebabkan saya masih baru di sini, pastinya ada perbezaan dari segi bahasa komunikasi. Selain itu, saya juga melihat ada beza dari segi kemudahan. Di Indonesia, kurangnya kemudahan kerena mereka tidak melihat bahawa fisioterapi itu sebagai satu keperluan untuk pasukan.

P1010690

FO: Bagaimana penerimaan Terengganu City FC terhadap anda?

FL: Saya diperkenalkan oleh Dejan Antonic ( bekas ketua jurulatih Persib Bandung). Saya lihat Terengganu City merupakan pasukan yang serius dalam membentuk pasukan. Di Pelita Bandung Raya dulu, kadang kala ada rasa janggal dengan pemain kerana mereka tidak biasa dengan pyhsio. Mereka sudah terbiasa apabila tercedera mereka akan pergi berurut. Di sini, pihak pengurusan bagus dan memahami kehendak dan keperluan saya sebagai seorang physio.

Photo credit: Facebook Terengganu City FC
Photo credit: Facebook Terengganu City FC

FO: Bagaimana anda melihat penerimaan masyarakat terhadap Physio wanita?

FL: Sebenarnya tidak ada beza physio lelaki dan wanita. Kerana apa yang sepatutnya dilihat adalah tugas kami dan bukan jantina. Namun, tak dapat dinafikan bahawa ramai masih memandang physio wanita sebagai sedikit aneh.

FO: Apa cabaran terbesar yang anda hadapi sebagai seorang physio setakat ini?

FL: Setakat ini cabaran terbesar bukan ketika pemain tercedera, tetapi cabaran terbesar saya adalah untuk memperkenal physio kepada kelab di Indonesia. Di Indonesia, mereka masih kurang faham dengan tugas seorang physio dan ada pemain dalam pasukan yang tidak kenal physio pasukan mereka sendiri. Mereka lebih cenderung untuk berjumpa tukang urut jika mengalami kecederaan. Setakat saya bersama Terengganu City ini, saya lihat pemain di Malaysia sudah biasa dengan physio dan mereka menerima saya dengan baik.

Fortunella Levyana , fisioterapis Terengganu City FC
Fortunella Levyana , fisioterapis Terengganu City FC

FO: Apa harapan anda di masa hadapan bersama Terengganu City FC:

FL: Saya berharap dapat bersama pasukan ini sehingga mereka berjaya. Saya mahu naik bersama pasukan ini. Sementara secara peribadi, suatu hari nanti saya mahu membuka klinik saya sendiri di Indonesia.

Dalam sukan yang dipenuhi testosteron, kehadiran gadis berusia 25 tahun ini memberikan sisi berbeza. Keberanian Fortunella untuk berhijrah dari Indonesia ke Malaysia untuk mengembangkan sayapnya adalah satu perkara yang perlu dipuji. Jika Nella boleh meninggalkan suami dan ahli keluarganya untuk ke Malaysia, tiada alasan untuk pemain Malaysia tidak mencuba bermain di liga luar.

Other posts by