Football

Khairy tarik diri jika TMJ bertanding jawatan Presiden FAM

Siapakah bakal Presiden FAM yang baru? Setakat ini empat nama telah disebutkan sebagai calon bagi ‘kerusi panas’ tersebut.

Empat nama berkenaan adalah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bekas presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dan pengerusi jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat.

Perkembangan terbaru menyaksikan Khairy yang pernah memegang jawatan Timbalan Presiden FAM akan menarik diri jika TMJ bertanding untuk jawatan berkenaan.

Berkata kepada media seperti dilaporkan oleh The Star, KJ berkata: “ Semua orang mahu melihat Tunku Ismail menjadi presiden tetapi baginda tidak mahu jawatan berkenaan? Untuk menjadi presiden, anda perlukan kerjasama dari semua orang serta pengaruh untuk menarik semua pemegang saham.

“Saya rasa Tan Sri Annuar Musa akan tarik diri. Dia kata akan buat begitu jika Tunku Ismail bertanding. Dan Tan Sri Aseh Che Mat juga akan menarik diri, termasuk saya sendiri,” kata Khairy di lobi parlimen semalam.

Proses pemilihan ahli jawatankuasa baru bagi 2017-2021 akan diadakan pada 25 Mac depan di kongres tahunan ke-53 FAM. Pencalonan akan ditutup pada 23 Januari dan senarai akhir calon akan diumumkan pada 20 Februari.

Other posts by