Kecoh di laman sosial baru-baru ini selepas Sarawak melancarkan jersi baru mereka bagi Liga Super 2017.
Apa yang menjadi perbualan penyokong Sarawak dan peminat bolasepak tanah air adalah logo yang tertera di jersi berkenaan yang berbeza dengan logo asal Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).
Damn! We lurveee our new logo. Wait, not ours, Sarawak FA's. #sarcasm pic.twitter.com/s9mzdf0g3A
— SarawakCrocs™ 🇲🇾 (@SarawakCrocs) January 19, 2017
melihat Juventus tampil dengan logo baru, Sarawak FA pun nak jugak. design serupa kita tengah hidup tahun 90an. pic.twitter.com/9D7p3CUMlq
— Khairil Anuar (@KhairilAnuar) January 19, 2017
Logo berkenaan yang menggunakan imej seekor buaya menjadi perbualan ekoran rupanya yang dilihat seperti kartun dan tidak menggambarkan satu pasukan bolasepak.
Namun, Sarawak FA menerusi satu kenyataan media yang disiarkan di Facebook rasmi mereka semalam menyatakan bahawa itu bukanlah logo rasmi yang akan digunakan.
“Untuk makluman, logo yang dipaparkan pada jersey pasukan untuk tahun ini bukanlah logo rasmi persatuan. Ianya hanyalah simbol maskot untuk pasukan Sarawak. Pihak persatuan masih lagi menggunakan logo yang lama sehingga ada keputusan dan kelulusan untuk menggunakan logo yang baru,” kata Naib Presiden yang juga Setiausaha Agung FAS, Razali Dolhan dalam kenyataan tersebut.
Sarawak memulakan aksi Liga Super menentang T-Team dengan keputusan seri 1-1 di tempat lawan. Seterusnya Sarawak akan sekali lagi bertandang ke tempat lawan apabila mereka akan bertemu juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Kedah di Stadium Darul Aman.
Other posts by Khairul Nizam