Football

Tiga wakil Indonesia yang beraksi di Liga Malaysia 2017

Bolasepak Indonesia dan Malaysia memang tidak asing di antara satu sama lain. Ramai pemain dari pasukan kebangsaan atau Liga Indonesia yang berhijrah ke Malaysia untuk beraksi. Pemain seperti Bambang Pamungkas dan Elie Aiboy contohnya yang pernah beraksi bersama Selangor atau Hamka Hamzah yang pernah beraksi bersama PKNS.

Bagi musim 2017, tiga orang pemain dan jurulatih yang berasal dari Indonesia akan beraksi dalam Liga Malaysia 2017. Ini tidak termasuk pemain-pemain import yang pernah beraksi di Liga Indonesia seperti ilija Spasojevic dan jurulatih Kuala Lumpur, Wanderley Junior.

 

Photo credit: Sidomi.com
  1. Andik Vermansyah

Pemain sayap Selangor yang berasal dari Jember, Jawa Timur ini pernah merasa menjulang trofi Piala Malaysia pada tahun 2015. Namun, musim ini statusnya masih tidak diketahui selepas Selangor dikhabarkan akan merehatkannya untuk setengah musim selepas dia mengalami kecederaan ketika beraksi untuk Indonesia di Piala AFF Suzuki. Pemain yang menyarung jersi nombor tujuh ini pernah beraksi bersama Persebaya Surabaya sebelum berhijrah ke Selangor.

 

Photo credit: Uzone.id
  1. Steven Imbiri

Pemain yang berasal dari Kaimana di kepulauan Papua, Indonesia ini menyertai pasukan Liga Premier, MISC-MIFA bagi musim 2017. Pemain sayap ini sebelum ini pernah beraksi bersama pasukan Persela Lamongan dan Persiram Raja Ampat.

 

Photo credi: Juara.net
Photo credi: Juara.net
  1. Rahmad Darmawan

Jurulatih T-Team ini dahulu pernah beraksi bersama Persija Jakarta dan juga ATM di Liga Malaysia hasil kerjasama ATM bersama Tentera Nasional Indonesia. Rahmad atau lebih mesra dikenali sebagai RD telah bersama T-Team sejak tahun 2015 dan sebelum itu pernah menjadi jurulatih bagi Persija Jakarta dan dia juga pernah dua kali memenangi pingat perak Sukan SEA ketika menjadi jurulatih skuad bawah 23 tahun Indonesia.

Other posts by