Football

Bekas pemain Real Madrid sah jadi jurulatih Indonesia

Indonesia telah mengumumkan bahawa Luis Milla akan menjadi jurulatih pasukan kebangsaan mereka yang baru.

Jurulatih berusia 50 tahun itu diperkenalkan oleh Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) kepada media dalam satu sidang media pada hari Jumaat yang lalu.

Luis Milla sebelum ini merupakan bekas pemain pasukan Real Madrid dan Barcelona. Dia juga merupakan jurulatih yang membawa kejuaraan Piala Eropah kepada pasukan bawah 21 tahun Sepanyol pada tahun 2011 yang disertai pemain seperti David De Gea, Juan Mata, Ander Herrera dan Javi Martinez.

Milla akan bertanggungjawab mengendalikan pasukan bawah 22 tahun Indonesia bagi Sukan SEA tahun ini di Kuala Lumpur dan skuad senior bagi Sukan Asia 2018 di Indonesia.

Pengarah Teknikal pasukan kebangsaan PSSI Danurwindo berkata seperti dipetik dari Tempo: “Dia sangat memahami permainan, mengajar skil penting dan menggunakan taktik.”

Luis Milla pula berkata dia mengharapkan sokongan dari seluruh negara untuk membentuk pasukan yang bagus dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

“Ini satu tugasan penting buat saya. Selepas melihat semangat yang ditunjukkan rakyat Indonesia, saya percaya saya boleh membentuk pasukan yang bagus dan akan berkerja keras untuk mencapainya,” kata Milla.

Indonesia di bawah kendalian Alfred Rield mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2016 namun tewas kepada Thailand.

Other posts by