Bekas penyerang sensasi Johor Darul Ta’azim (JDT), Jorge Pereyra Diaz tiba di Mexico bagi menyertai kelab Leon bagi Liga Clausura 2017.
Penyerang berasal dari Argentina itu berkata dia sememangnya bercita-cita mahu ke Mexico dan kini akan mengambil peluang tersebut.
“Ianya bolasepak yang saya sentiasa suka, saya sering bertaruh untuk saya bermain di sini, saya sukakan bolasepak Mexico…dan sekarang saya di sini mahu mengambil peluang yang ada. Saya berterima kasih kepada Leon yang memberikan saya peluang. Saya mengenali Mauro Boselli dan Maxi Moralez yang bermain di sini,” kata Diaz kepada ESPN.
Bercakap mengenai bolasepak Malaysia, Diaz berkata: “Ianya memberikan saya pengalaman yang banyak untuk berkembang sebagai seorang pemain.”
Diaz menyertai Leon secara pinjaman dengan kontrak selama enam bulan.
Other posts by Khairul Nizam