Football

Kedah beri ganjaran kepada Faiz Subri

Rezeki pemenang Anugerah Puskas FIFA, Faiz Subri semakin murah sejak memenangi anugerah tersebut.

Terbaru, kerajaan negeri Kedah memberikan ganjaran berjumlah RM20,000 kepada pemain tengah Pulau Pinang berkenaan di atas kemenangan tersebut.

Faiz menang anugerah berprestij itu selepas menjaringkan gol menerusi sepakan percuma menakjubkan dalam perlawanan menentang Pahang dalam saingan Liga Super musim lalu.

“Kami bangga dengan kejayaannya. Untuk mencapai kejayaan di tahap ini adalah suatu perkara yang sukar. Tidak pernah ada anak Kedah yang memenangi anugerah seperti ini,” kata Menteri Besar Kedah yang juga Presiden Kedah FA Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah kepada New Straits Times.

Sejak memenangi Anugerah Puskas, Faiz sudah menerima ganjarang RM50,000 dari Pulau Pinang FA, RM150,000 dari Kementerian Belia dan Sukan serta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Kepada yang mungkin merasa pelik bagaimana pemain Pulau Pinang boleh menerima ganjaran dari kerajaan negeri Kedah, Faiz Subri sebenarnya berasal dari Ayer Hitam, Kedah.

Other posts by