Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) mengumumkan bahawa mereka telah menyenaraikan dua calon untuk jawatan jurulatih skuad kebangsaan Indonesia.
Kedua-dua calon tersebut yang berasal dari Sepanyol adalah bekas pemain Barcelona dan Real Madrid Luis Milla Aspas dan bekas jurulatih PSG, Luis Fernández Toledo.
Milla merupakan bekas jurulatih pasukan bawah 21 tahun Sepanyol yang memenangi Piala Eropah bawah 21 tahun pada tahun 2001 yang dianggotai pemain hebat seperti David De Gea, Juan Mata, Ander Herrera dan Javi Martinez.
Sementara Fernandez pula yang pernah mengendalikan PSG pernah membawa pasukan dari Paris itu menduduki tempat kedua Ligue 1 pada tahun 1996 sebelum mengulanginya bersama kelab Sepanyol Athletic Bilbao dua tahun kemudian.
“Keputusan berkenaan pemilihan jurulatih pasukan kebangsaan akan diumumkan dalam tempoh seminggu,” kata jurucakap PSSI Joko Driyono seperti dipetik dari Jakarta Globe.
Other posts by Khairul Nizam