Football

Bintang Kemboja sah sertai kelab Liga Jepun

Bintang muda Kemboja, Chan Vathanaka akan menyertai kelab liga divisyen 3 Jepun (J3) Fujieda MYFC.

Vathanaka yang beraksi baik di Piala AFF Suzuki 2016 akan menyertai kelab berkenaan secara pinjaman selama semusim daripada kelab asalnya Boeung Ket Angkor FC yang juga juara Liga Kemboja.

“Impian saya adalah untuk bermain di luar negara dan untuk bermain di Jepun adalah satu mimpi jadi kenyataan. Mereka mempunyai peralatan moden terbaik dan teknik, oleh itu saya berharap saya boleh menggunakannya sebaik mungkin. Saya harap saya akan menjadi contoh kepada pemain Kemboja lain untuk bermain di luar negara.”

Jurulatih pasukan Fujieda MYFC, Atsuto Oishi, berkata dia kagum dengan permainan berkenaan ketika dia hadir untuk berlatih selama seminggu bersama kelab berkenaan pada bulan November lalu.

“Dia mengikut arahan dengan baik dan kebolehannya di atas padang sangat bagus dan kami gembira kerana berjaya membawa masuk pemain muda berbakat sepertinya.”

Chan Vathanaka akan menyertai pemain seperti Wan Zack Haikal dan Irfan Bachdim yang pernah beraksi di Jepun. Mungkin suatu hari nanti, kita akan melihat lebih ramai pemain dari rantau Asean bermain di Jepun, dan harapnya lebih ramai pemain muda Malaysia mengikut jejak langkah Chan Vathanaka ini.

Other posts by