Football

Malaysia kekal di tangga 161 dunia

Pasukan bolasepak Malaysia kekal di tangga ke-161 dunia selepas prestasi buruk pasukan kebangsaan di kejohanan Piala AFF Suzuki yang lepas.

Selain Malaysia, turut kekal di kedudukan masing-masing adalah Thailand (126) dan Singapura (165).

Skuad kendalian Kiatisuk Senamuang yang menjuarai Piala AFF Suzuki 2016 cuma empat tempat di belakang pasukan dengan kedudukan tertinggi di Asia Tenggara, Filipina yang berada di kedudukan 122 walaupun pasukan Azkaleros itu terkeluar di peringkat kumpulan dalam Piala AFF Suzuki yang lalu.

Vietnam jatuh dua anak tangga dan kini berada di kedudukan ke 136 sementara satu lagi pasukan yang mara ke separuh akhir Piala AFF lalu, Myanmar, berada di kedudukan ke 159.

Naib Juara Piala AFF Suzuki 2016, Indonesia yang kembali ke kancah bolasepak antarabangsa jatuh ke kedudukan 173 dunia, namun kedudukan mereka dijangka akan naik selepas menunjukkan aksi cemerlang di peringkat antarabangsa sejak kembali beraksi.

Hanya dua pasukan dari ASEAN yang kedudukan mereka naik dalam ranking terbaru yang diumumkan FIFA iaitu Kemboja dan Brunei. Kemboja kini berada di kedudukan ke 172 sementara Brunei berada did kedudukan ke 189.

Other posts by