Football

Kelantan masih menunggu kelibat awang Import

Di saat semua pasukan sudah mula melalui fasa terakhir persiapan menjelang Liga Super 2017, Kelantan nampaknya masih dalam keadaan kucar kacir.

Tidak cukup dengan drama masalah kewangan yang hanya baru diselesaikan minggu lalu, kini timbul pula masalah dengan pemain import mereka.

Tiga pemain import yang akan beraksi bersama Kelantan hanya akan tiba ke Kota Bharu pada hari Sabtu dan ketua jurulatih Kelantan Zahasmi Ismail tidak tahu bagaimana keadaan ketiga-tiga pemain berkenaan.

Bercakap kepada akhbar The Star, Zahasmi berkata: “Masa tidak bersama kami. Tiada lagi perlawanan persahabatan selepas ini kerana semua pasukan mahu bersiap sedia untuk permulaan musim. Kami telah bermain tiga perlawanan persahabatan dan satu lagi perlawanan menentang PDRM di Pulapol esok (hari ini)…dan tiada lagi selepas itu.

“Saya berharap tiga pemain itu akan tiba dalam keadaan terbaik. Saya harap mereka boleh bermain dengan baik bersama pasukan dalam masa terdekat. Ianya bukan persiapan terbaik untuk Liga Super, tapi kami tiada pilihan akibat persiapan lambat.

“Kami bernasib baik kerana salah seorang pemain asing itu sudah biasa dengan Kelantan. Mohammad Ghaddar merupakan salah seorang pemain dari skuad yang memenangi treble pada tahun 2012. Saya merupakan pembantu kepada Bojan Hodak ketika itu. Ghaddar seorang penyerang hebat…saya harap dia tidak akan tercedera.”

Dua lagi pemain asing yang akan tiba bersama Ghaddar adalah pemain Cameroon Cedric Djeugoue dan bekas pemain pasukan remaja Nigeria Okikiola Afolabi. Kelantan mengekalkan Morgaro Gomis dari Senegal yang bermain bersama pasukan musim lalu.

Other posts by