Football

#PuskasAward: Netizen rai kejayaan Faiz Subri

Sejarah tercipta apabila Muhamad Faiz Subri menjadi rakyat Malaysia pertama merangkul Anugerah Puskas bagi jaringan terbaik sepanjang 2016.

Faiz Subri menerima anugerah tersebut dalam Majlis Anugerah Bolasepak Terbaik FIFA yang berlangsung di Zurich pada pukul 1.30 pagi waktu Malaysia.

Rata-rata rakyat Malaysia tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat sejarah tercipta dan sanggup bersengkang mata untuk melihat sendiri detik di mana Faiz Subri naik ke pentas untuk merangkul anugerah tersebut.

Sebaik sahaja nama Faiz Subri diumumkan, laman sosial dibanjiri dengan ucapan tahniah oleh rakyat Malaysia. Bahkan, ada yang sempat berjenaka mengenai Faiz Subri yang mengambil masa untuk membuka ucapan di telefon pintarnya.

Faiz Subri sempat berkongsi dengan semua penyokong ucapan yang disimpan dalam telefon pintar beliau yang dibaca ketika memenangi anugerah tersebut. Faiz juga berjaya menunaikan impiannya apabila dapat bergambar bersama idolanya Cristiano Ronaldo.

Seorang lagi anak Malaysia telah mencipta sejarah. Semoga kemenangan Faiz Subri ini akan menaikkan lagi semangat pemain bolasepak di Malaysia untuk mencipta sejarah sekaligus menaikkan bolasepak tempatan. Dan diharap kejayaan ini akan menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk ke stadium bagi menyaksikan liga bolasepak Malaysia. Kami di Fourthofficial ingin mengucapkan Tahniah kepada Faiz Subri!

 

Other posts by