Football

Pulau Pinang dijangka dapatkan pemain kebangsaan Hong Kong

Skuad Pulau Pinang dikhabarkan akan mendapatkan pemain skuad kebangsaan Hong Kong Andrew Russell bagi menghadapi saingan Liga Super 2017.

Pemain kelahiran Southampton, England itu sebelum ini bermain untuk pasukan South China di Liga Hong Kong selama dua musim.

Pemain di bahagian pertahanan itu membuat penampilan pertamanya bersama pasukan Hong Kong pada Mac 2016 dalam perlawanan menentang Qatar di mana mereka tewas 2-0.

Andrew Russell sebelum ini turut bermain di NPL First Division North di England pada tahun 2009-2014 selepas beraksi bersama Happy Valley di Hong Kong pada tahun 2008.

Other posts by