Latihan di Persebaya lebih berat berbanding Malaysia!
Ketua pasukan Selangor musim lalu, Andik Vermansah yang kini dalam musim ketiganya bersama skuad Red Giants selepas berhijrah dari kelab Indonesia, Persebaya Surabaya.
“Latihan di Persebaya lebih berat; Tetapi di Malaysia lebih hebat dari segi professionalism dan disiplin.” Kata Andik kepada media Indonesia Beritagar.
Andik turut menyatakan bahawa Selangor lebih preofesional terutamanya dari segi penjagaan pemain berbanding pasukan-pasukan di Indonesia.
Liga Indonesia sebelum ini mempunyai pelbagai masalah termasuk isu gaji pemain yang tidak dibayar serta perpecahan liga mereka kepada IPL dan ISL yang menimbulkan masalah kepada bolasepak Indonesia.
“Sebagai contoh, pasukan saya (Selangor). Dalam seminggu pasti ada latihan kecergasan sebanyak dua kali. Di Indonesia belum tentu ada latihan (kecergasan) seperti itu,” kata Andik.
Pemain berusia 25 tahun itu turut menyatakan bahawa kemudahan pasukan di Malaysia lebih baik.
Andik terus kekal bersama Selangor sebagai pemain Import bersama Ugo Ukah dan Selangor kini masih mencari dua lagi pemain import untuk menghadapi Liga Super 2017 selepas kehilangan ramai tonggak utama serta dilanda masalah kewangan.
Other posts by Khairul Nizam