Football

Annuar Musa jadi ‘Warrior’ selamatkan Kelantan

Kelantan akhirnya kekal di Liga Super Malaysia 2017.

Perkembangan terkini ini menyaksikan bekas presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa menjadi hero yang menyelamatkan skuad The Red Warriors dari menarik diri.

Annuar Musa dalam satu sidang media seperti dilaporkan oleh Malaysia Kini menyatakan dua syarikat di bawahnya akan menjadi penaja utama pasukan.

“Untuk itu saya telah kemukakan satu pendekatan iaitu Syarikat Al-Hamra Group dan Red One akan menjadi penaja utama.

“Dua syarikat di bawah saya ini akan memastikan pelan ini tidak gagal.

“Oleh kerana Al-Hamra sebagai penjamin (bon) RM3 juta saya mesti ambil tanggungjawab supaya TRW teruskan saingan.”

Perkembangan terkini pastinya melegakan penyokong Kelantan yang pastinya tidak mahu pasukan mereka menarik diri dari Liga Super musim ini.

Other posts by