Football

FIFA beri kebenaran Faiz Subri pakai baju Melayu

Akhirnya pahlawan Melayu akan membuat penampilan di Zurich.

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) memberikan kebenaran buat pemain tengah Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri untuk memakai baju Melayu ketika menghadiri Malam Anugerah Bolasepak Terbaik FIFA yang akan berlangsung pada 9 Januari nanti di Zurich.

Menurut laporan Utusan Malaysia, perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohamad Amin.

“Kami sudah menghantar permohonan itu sejak awal Disember lalu dan akhirnya mendapat kelulusan daripada FIFA. Saya dah maklumkan kepada Faiz (mengenai berita ini).

“Terpulang kepada Faiz sama ada mahu memakai baju Melayu atau sut seperti yang diminta oleh penganjur berhubung kod pemakaian,” kata Datuk Hamidin kepada Utusan Malaysia.

Faiz juga sebelum ini bercadang untuk bercakap dalam bahasa Malaysia jika diberi peluang berucap di atas pentas.

Jika anda ingin melihat pahlawan Melayu bercakap bahasa Malaysia di atas pentas di Zurich, teruskan mengundi Faiz Subri di sini!

Ayuh rakyat Malaysia!

Other posts by