Football

Bekas pemain Kelantan sokong kenyataan TMJ

Bekas pemain Kelantan telah muncul dan menyokong kenyataan Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang membidas kenyataan bekas Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa mengenai masalah yang menimpa pasukan Kelantan.

Jonathan Mckain, pemain pertahanan Australia yang bermain bersama pasukan Kelantan pada musim lalu, menyuarakan sokongannya kepada TMJ dalam satu kenyataan di akaun twitter peribadinya.

McKain yang beraksi selama dua musim bersama Kelantan pastinya lebih tahu mengenai masalah yang menimpa Kelantan, apabila dia juga merupakan antara pemain yang mengalami masalah dengan pembayaran gaji dan bonus sepanjang beraksi bersama pasukan The Red Warriors.

Kelantan baru-baru ini menyuarakan hasrat mereka untuk menarik diri dari Liga Super selepas masalah kewangan menimpa mereka. Namun, melihat pada perkembangan di media dan juga media sosial, mereka seakan-akan tidak mengalami masalah dengan pengeluaran jersi terbaru dan hasrat mereka untuk mengambil pemain import.

Dalam sidang media sempena Kongres Luar Biasa Persatuan Bolasepak Kelantan baru-baru ini, KAFA menyatakan bahawa mereka akan menarik diri daripada Liga Malaysia jika exco persatuan tidak dapat mengumpul sekurang-kurangnya RM3 juta sebelum 6 Januari.

Other posts by