Kita sudah melihat banyak kali pemain bolasepak membuat sepakan rabona ketika dalam perlawanan. Pemain dengan skil tinggi seperti Angel Di Maria dan Neymar telah berjaya membuat sepakan rabona ini dalam perlawanan bolasepak untuk pasukan mereka.
Namun, pernahkah anda melihat ianya dilakukan dalam perlawanan bolasepak Amerika? Agak pelik apabila sepakan penuh skil itu dilakukan dalam perlawanan bolasepak Amerika yang dikenali dengan permainan fizikal dan taktikalnya.
Pemain Pittsburgh Steelers Chris Boswell, dilihat mencuba melakukan sesuatu yang berbeza dan menarik apabila mencuba sepakan rabona ketika membuat onside kick dalam perlawanan menentang Baltimore Ravens.
https://www.youtube.com/watch?v=BIyN9jWC1Y0
Dengan hanya tinggal 48 saat dalam perlawanan itu, Boswell membayangkan dirinya adalah Neymar dan cuba melakukan sepakan itu, namun ianya lebih kepada sepakan David Dunn apabila sepakannya itu tidak menjadi.
Keputusannya? Steelers tewas 14-21. Mungkin selepas ini kita akan melihat pemain NFL membuat sepakan percuma ala Cristiano Ronaldo pula.
Other posts by Khairul Nizam
Paris 2024 Olympics: Curry leads Team USA to break French hearts
Paris 2024 Olympics: Russell beats Samba-Mayela to snatch 100m hurdles gold
Paris 2024 Olympics: Paulinho sets new 400m record to claim gold
Paris 2024 Olympics: Ko finishes her medal set by claiming gold
Paris 2024 Olympics: Curry leads Team USA to break French hearts
Paris 2024 Olympics: Russell beats Samba-Mayela to snatch 100m hurdles gold
Paris 2024 Olympics: Swanson leads USA to fifth Olympic gold
Paris 2024 Olympics: Ko finishes her medal set by claiming gold