Bermula minggu depan, jurulatih negara Datuk Ong Kim Swee akan mengendalikan sesi latihan pada pukul 3 petang berbanding kebiasaanya pada pukul 5 petang.
Ini untuk membiasakan pemain dengan sepak mula pada pukul 3 petang dalam aksi Piala AFF Suzuki di Myanmar bermula 19-26 November
Bemain dalam Kumpulan A di Stadium Thuwanna, Yangon, Malaysia akan bertemu Kemboja (20 November), Vietnam (23 November) dan Myanmar (26 November). Hanya perlawanan menentang Myanmar adalah pada pukul 6 petang.
Kim Swee berkata: “Pemain perlu lupakan tidur petang mereka untuk berlatih di tengah panas. Kita tidak mahu terlepas peluang. Saya mahu pemain membiasakan diri dengan masa permainan berbeza (3pm).”
“Cuaca panas memainkan peranan dalam persembahan pemain. Oleh itu, ianya penting untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk membiasakan diri bermain dalam keadaan panas.”
Bekas pengendali Harimau Muda itu berkata bahkan perlawanan pemanas badan terakhir mereka menentang Papua New Guinea di Stadium Shah Alam juga akan diadakan pada jam 3 petang.
Kim Swee akan membawa pasukannya ke Port Dickson pada hari Rabu untuk kem bina semangat selama tiga hari.
Other posts by Khairul Nizam
Paris 2024 Olympics: Curry leads Team USA to break French hearts
Paris 2024 Olympics: Russell beats Samba-Mayela to snatch 100m hurdles gold
Paris 2024 Olympics: Paulinho sets new 400m record to claim gold
Paris 2024 Olympics: Ko finishes her medal set by claiming gold
Paris 2024 Olympics: Curry leads Team USA to break French hearts
Paris 2024 Olympics: Russell beats Samba-Mayela to snatch 100m hurdles gold
Paris 2024 Olympics: Swanson leads USA to fifth Olympic gold
Paris 2024 Olympics: Ko finishes her medal set by claiming gold