Football

Persatuan bolasepak Rwanda umum larangan penggunaan sihir ketika perlawanan

Persatuan Bolasepak Rwanda telah melarang penggunaan sihir ketika perlawanan selepas beberapa insiden berlaku sepanjang beberapa minggu yang lalu.

Larangan tersebut dikenakan selepas satu kejadian mengejutkan berlaku melibatkan penyerang Rayon Sports Moussa Camara apabila dia dilihat menggunakan sihir ketika perlawanan menentang Mukura Victory.

https://www.youtube.com/watch?v=zXYk45t-uAk

Seperti yang dilihat dalam video, Camara berlari ke arah pintu gol ketika penjaga gol sedang mengambil bola di penjuru kotak penalti. Penyerang itu meletakkan satu objek di tepi tiang gol sebelum dikejar oleh pertahanan Mukura. Dia diberikan kad kuning kerana masalah itu.

Beberapa minit kemudian dia menjaringkan gol dari jarak jauh dan perlawanan berkesudahan seri 1-1.

Badan bolasepak Rwanda telah bertindak untuk menghentikan insiden seperti itu dan akan mendenda pemain yang terlibat dengan denda berjumlah 100,000 Franc Rwanda (€116).

Mana-mana kelab yang terlibat pula akan dikenakan 2.9 juga Franc Rwanda (€3370).

The Mirror melaporkan bahawa Vedaste Kayiranga, naib presiden FA Rwanda berkata: “Dalam ketetapan FERWAFA (Persekutuan Persatuan Bolasepak Rwanda) kami tidak mempunyai sebarang undang-undang menghukum penggunaan sihir kerana tiada tempat di dunia yang boleh membuktikan bahawa ia boleh mempengaruhi keputusan perlawanan.

“Namun, dengan keganaasa di kalangan pemain kerana mendakwa pasukan lain menggunakannya, kami membuat keputusan untuk menggubal undang-unddang.”

Other posts by