Ramai mengatakan bahawa Cristiano Ronaldo seorang yang kelihatan sombong dan berlagak, namun berulang kali tindakannya menunjukkan bahawa dia seorang yang baik hati.
Baru-baru ini Cristiano Ronaldo telah menghantar satu video yang menyentuh hati kepada semua kanak-kanak yang merana akibat perang di Syria, meminta mereka untuk tidak putus harapan.
Penyerang Real Madrid untuk menyiarkan satu video pendek di laman sosialnya untuk organisasi Save The Children, dalam usaha untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai krisis di Syria.
A message of hope to the children affected by the conflict in Syria. @SavetheChildren pic.twitter.com/Zsdvu2nuXd
— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) December 23, 2016
Dalam video berkenaan, penyerang Portugal itu bercakap terus kepada semua kanak-kanak yang terperangkap dalam konflik di Syria.
Dia memberitahu mereka: “Kami tahu kalian telah lama mengalami kesengsaraan, saya seorang pemain yang terkenal, tetapi kalian adalah wira sebenar.
“Jangan putus asa, dunia bersama anda, kami ambil berat mengenai anda, saya bersama anda.”
Bekas bintang Manchester United itu telah banyak kali berkerjasama dengan badan kebajikan itu, dan sentiasa menyokong usaha mereka membantu kanak-kanak yang memerlukan.
Rpnaldo sebelum ini menderma £5 juta kepada tabung bantuan gempa bumi di Nepal tahun lalu, yang mengorbankan 8,000 orang.
Dia juga membayar £53,000 kepada seorang bayi berusia 10 bulan untuk menjalani pembedahan dan membiaya rawatan kanser untuk seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun.
Ketua pasukan Portugal itu turut menderma £105,000 untuk membantu sebuah pusat penyelidikan di hospital yang merawat penyakin kanser ibunya dan dinamakan sebagai atlet paling dermawan oleh organisasi dosomething.org pada tahun 2015.
Bantahan Syria adalah tindakbalas kecemasan terbesar badan kebajikan itu dan telah mencapai lebih 3.3 juta kanak-kanak di seluruh negara sejak konflik di Syria itu berlaku pada tahun 2011.
Jika anda mahu menderma, anda boleh ke laman web Save The Children
Other posts by Khairul Nizam