Football

Chapecoense mendapat pemain pinjaman pertama selepas insiden pesawat terhempas

Kelab Brazil, Chapecoense menandatangani tiga pemain selepas kejadian tragik yang mengorbankan nyawa pemain-pemain dan jurulatih mereka.

Pesawat yang membawa pemain Chapecoense, bersama pegawai pasukan dan wartawan, ke Medellin untuk perlawanan akhir Copa Sudamericana menentang kelab Colombia, Atletico Nacional terhempas awal bulan ini.

Tragedi tersebut mengorbankan 19 orang pemain serta para pegawai pasukan yang berada di dalam pesawat tersebut.

Dunia bolasepak telah bersatu untuk memberi sokongan kepada Chapecoense dan kelab-kelab dari Brazil telah meminjamkan pemain-pemain mereka.

Atletico Mineiro, yang dijadualkan bertemu Chape dalam perlawanan terakhir musim ini sebelum ia ditangguhkan, telah meminjamkan pemain tengah menyerang mereka, Dodo kepada Chape.

Pemain berusia 22 tahun itu menghabiskan musim lalu dengan dipinjamkan ke Figueirense, bahkan turut dikaitkan dengan Chapecoense sebelum kejadian tersebut berlaku.

Tiada bayaran untuk pinjaman untuk pemain berkenaan dan gajinya akan dibayar separuh oleh kedua-dua pasukan.

Chape turut mendapatkan penjaga gol Juventude Elias serta Douglas Grolli dari Cruzeiro.

Pengurus baru Chape, Vagner Mancini sebelum ini bersuara mengenai kualiti pemain yang ditawarkan.

Pengarah dari Coritiba, Corinthians, Palmeiras, Portuguesa, Santos dan Sao Paola semuanya berikrar untuk membantu Chapecoense dengan pemain mereka, dan menghantar petisyen kepada FA Brazil untuk tidak menyingkirkan pasukan berkenaan dari liga utama.

Pengarah-pengarah pasukan berkata: “Kami sedih, kami bersimpati dengan apa yang berlaku, tetapi kami akan bantu.

“Berkerja bersama, kami, presiden kelab bolasepak Brazil, akan menunggu untuk mereka (Chapecoense) bersaing di liga tertinggi bolasepak Brazil.”

Other posts by