Football

Safee Sali tinggalkan JDT

Penyerang kebangsaan Safee Sali, sah meninggalkan JDT dan bakal beraksi untuk pasukan PKNS pada musim hadapan.

Perpindahan tersebut diumumkan oleh pengurus pasukan JDT, Mario Gomez menerusi laman Facebook rasmi mereka, Johor Southern Tigers.

Photo credit: FB Johor Southern Tigers
Photo credit: FB Johor Southern Tigers

“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat Safee Sali atas apa yang telah beliau lakukan selama ini untuk Kelab Bolasepak JDT hingga kelab berjaya menjuarai tujuh piala setakat ini. Beliau masih sebahagian daripada keluarga JDT walaupun sudah tidak bersama lagi dan kami ucapkan selamat maju jaya kepada beliau bersama pasukan PKNS pada musim hadapan.”

Bekas penyerang Selangor dan Kuala Lumpur itu telah memenangi trofi Liga Super, Piala FA serta Piala AFC sejak menyertai JDT dari kelab Indonesia Arema Cronus. Safee Sali juga merupakan bintang buat pasukan Malaysia ketika memenangi Piala AFF Suzuki pada tahun 2010.

Safee Sali sebelum ini dikhabarkan bakal pulang ke pangkuan Red Giants, tetapi perkembangan terbaru ini bermaksud dia akan beraksi bersama Red Ants.

Other posts by