Badminton

Goh V Shem-Tan Wee Kiong muncul juara Superseries Akhir

Pingat perak Sukan Olimpik Rio, juara Terbuka Denmark, menduduki ranking No.1 dunia dan kini juara Kejohanan Akhir Superseries Dunia.

Nampaknya, 2016 akan menjadi tahun yang dipenuhi kenangan manis buat bergu negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong.

Bergu No.1 dunia itu menewaskan pasangan Jepun Takeshi Kamura-Keigo Sonoda 21-14, 21-19 dalam masa 40 minit.

Gandingan yang memenangi pingat perak Olimpik itu akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah US$84,000 (RM376,000) hasil kejayaan mereka itu.

V Shem-Wee Kiong menjadi bergu kedua Malaysia yang berjaya merangkul gelaran juara dalam kejohanan akhir Superseries dunia selepas kali terakhir dimenangi gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong lapan tahun lalu dalam kejohanan akhir Superseries dunia pertama pada tahun 2008.

Other posts by