Kelab bolasepak profesional tertua di dunia, Notts County sedang berdepan krisis untuk terus kekal bertahan.
Pasukan dari League-Two itu akan berada di mahkamah pada hari Isnin ekoran petisyen daripada HRMC atas rang undang-undang cukai.
Mereka turut dipercayai mempunyai lebihan hutang sebanyak £500,000, serta pasukan dari Nottingham itu juga memerlukan bantuan dari badan pentadbir Footbal League untuk membayar gaji pemain mereka hujung bulan lalu.
Pemilik pasukan, Ray Trew telah mencuba menjual kelab, dan mengutip derma sebagai pinjaman.
Menurut media UK, Mirror Sport, Notts County telah bersetuju untuk menjual pemain sensai berusia 15 tahun, Jack Bearne kepada Liverpool dengan harga £150,000 dan mengintai bayaran dari perlawanan pusingan ketiga FA Cup jika mereka berjaya menewaskan Peterborough dalam perlawanan ulangan yang akan berlangsung Selasa depan di Chelsea.
Satu perancangan untuk mengambil alih kelab oleh seorang usahawan tempata, Alan Hardy, tergendala akibat harga yang dicadangkan.
Trew mahukan £6 juta, sementara Hardy mahu harga yang lebih rendah kerana County semakin menuju kea rah penyingkiran.
County juga didakwa berhutang hasil jualan tiket dengan beberapa kelab.
Seorang jurucakap Football League berkata: “ Kami sedar dengan situasi yang berlaki tetapi tidak boleh mengulas dengan teliti mengenai masalah kewangan kelab tersebut.”
Notts County merupakan kelab bolasepak profesional tertua di dunia apabila ditubuhkan pada tahun 1862, bahkan gergasi Itali, Juventus yang memakai jersi belang hitam-putih kerana terinspirasi dari Notts County yang memakai jersi yang sama.
Trew menegaskan kepada Mirror Sport bahawa kelab tersebut akan terselamat.
Other posts by Khairul Nizam