Football

Kashima Antlers cipta sejarah jadi kelab Asia pertama mara ke Final Piala Kelab Dunia

Kebiasaannya dalam Kejohanan Piala Kelab Dunia, kita akan menyaksikan perlawanan akhir yang didominasi pasukan dari Amerika Selatan dan Eropah.

Namun, perkara itu berubah tahun ini apabila wakil Asia, Kashima Antlers mempamerkan aksi bertenaga untuk menang 3-0 ke atas wakil Amerika Selatan, Atletico Nacional dalam perlawanan separuh akhir di Osaka.

https://www.youtube.com/watch?v=0fsYHdCn2ns

Selain itu, kelab Jepun itu juga menjadi pasukan pertama yang mendapat keuntungan dari penggunaan ulang tayang video dalam kejohanan FIFA.

Pengadil dari Hungary, Viktor Kassai menghentikan perlawanan selepas pembantunya memberikan isyarat mengenai insiden yang berlaku dalam kotak penalti pada minit ke-31.

Selepas melihat rakaman menerusi monitor di tepi padang, dia memberikan sepakan penalti kepada Kashima yang disempurnakan Shoma Doi.

Walaupun Atletico yang bermain di liga Colombia menguasai perlawanan, Kashima berjaya menjaringkan dua gol di akhir perlawanan menerusi Yasushi Endo dan Yuma Suzuki untuk memberikan kemenangan selesa kepada kelab Jepun itu.

Kashima akan bertemu sama ada juara Eropah, Real Madrid atau juara America Utara, Club America dalam perlawanan akhir. Mampukah Kashima memberikan kejayaan manis buat Asia?

Other posts by