Penyerang pasukan Johor Darul Ta’azim, Jorge Pereyra Diaz menimbulkan kontroversi apabila memuat naik status seakan-akan memarahi kelabnya.
Dua status berkenaan yang dimuat naik ke akaun Facebooknya dan ditulis dalam bahasa Sepanyol itu dilihat memberi gambaran bahawa dia akan meninggalkan kelab juara Liga Super 2017 itu.
Status berkenaan yang diterjemah ke Bahasa Malaysia berbunyi: “Kelab yang teruk! Dan siapa yang mengendalikannya lebih teruk! Meninggalkan kelab itu merupakan keputusan terbaik!! Orang yang teruk!!! ”
“Saya ulang dan berpegang kepada kenyataan saya! Persatuan yang teruk, orang yang teruk! Saya hanya memberitahu perkara yang benar!”.
JDT sebelum ini dikhabarkan akan menandatangani pemain asing baru bagi musim 2017, dan ketua jurulatih JDT, Mario Gomez menerusi laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers berkata: “Kami mungkin menjual bintang asing kami, termasuk beberapa pemain tempatan, untuk memberikan ruang kepada pemain muda kami. Kami sekarang sedang menilai dua pemain muda berbakat dari Argentina.”
Diaz merupakan pemenang kasut emas Liga Super bagi musim 2016 apabila menjaringkan 18 gol.
Other posts by Khairul Nizam