Football

‘Pogba Derby’ di peringkat kalah-mati Liga Europa 2016

Pertemuan Manchester United menentang St Etienne di peringkat kalah mati Liga Europa yang akan bermula pada 16 Februari nanti akan menemukan dua adik beradik.

Paul Pogba akan berdepan abangnya sendiri Florentin Pogba dalam saingan tersebut dan pastinya hubungan adik beradik perlu diketepikan buat sementara waktu bagi memastikan pasukan mereka layak ke pusingan seterusnya.

Namun, Manchester United akan bermain menentang St Etienne di Perancis pada hari Rabu 22 Februari bagi perlawanan timbal balik menurut undang-undang Jawatankuasa Pertandingan Kelab UEFA, kerana musuh setempat St Etienne iaitu Lyon akan menentang AZ Alkmaar pada hari Khamis.

Florentin, 26 tahun bermain untuk pasukan kebangsaan Guinea dan sebelum ini menarik minat pasukan dari Liga Perdana Inggeris seperti Hull dan Sunderland.

Pasukan dari Ligue 1 itu kini berada di tangga kelapan liga namun mereka tidak tewas dalam enam perlawanan peringkat kumpulan Liga Europa apabila mencatat tiga kemenangan dan tiga seri menentang Anderlecht, Mainz dan Qabala.

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mendedahkan kepada media mengenai reaksi Paul Pogba apabila melihat undian berkenaan:”Ianya perkara bagus. Paul ketawa melihat undian itu, dan itu perkara bagus.”

Satu lagi pasukan dari England, Tottenham Hotspur pula akan bertemu pasukan dari Belgium, Gent. Anak buah Pochettino pastinya mahu menebus kekecewaan apabila tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara.

Berikut merupakan perlawanan-perlawanan yang akan berlangsung bagi peringkat 32 pasukan kalah mati Liga Europa 2016/2017:

 

Photo: UEFA Facebook
Photo: UEFA Facebook

Pusingan pertama: 16 Februari

Pusingan kedua: 23 Februari

Other posts by