Rugby / NFL

Badan Perundangan US perkenal Rang Undang-Undang untuk penyokong membawa pistol ke stadium

Di Malaysia, kita ada larangan membawa masuk rokok, pemetik api dan kadang kala kayu untuk bendera atau kain rentang, tetapi di Stadium Seatlle Seahawks di Amerika Syarikat sedikit berbeza.

Di sana, yang tidak boleh dibawa masuk adalah hon, laptop (kecuali wartawan), ‘kopi khas’ dan bola sendiri. Tetapi, ada satu benda yang dilarang tetapi tiga wakil rakyat Washington mahu ianya dibenarkan dibawa masuk ke stadium: pistol.

Menurut laporan Deadspin.com di Amerika Syarikat, satu Rang Undang-Undang baru diperkenalkanuntuk sesi perbincangan Badan Perundangan yang akan bermula Januari ini, akan membenarkan senjata api yang disimpan dibawa masuk ke Stadium di kawasan Washington. Dengan keadaan semasa, Rang Undang-Undang itu akan menyebabkan petugas keselamatan awam dan swasta di semua stadium, tidak boleh menghalang sesiapa yang membawa senjata secara tertutup.

Rang Undang-Undang yang dibentangkan itu juga mempunyai satu sekyen di mana ia akan menghalang mana-mana bandar atau kejiranan dari mencari jalan keluar:

Kerajaan tempatan tidak boleh, sama ada melalui undang-undang, ordinan, peraturan, perintah, polisi, atau persetujuan bersama, menghalang individu dengan lesen pistol tertutup yang sah daripada membawa pistol yang tertutup di mana-mana stadium, pusat konvensyen, arena, atau mana-mana kemudahan yang sama.

Tiga wakil rakyat di sebalik Rang Undang-Undang ini adalah wakil Republican Matt Shea, David Taylor dan Bob McCaslin.

Other posts by