Football

La Liga turut berduka untuk mangsa gempa bumi di Aceh

Kejadian gempa bumi yang menimpa Aceh mendapat perhatian seluruh dunia termasuk badan liga bolasepak profesional Sepanyol, La Liga.

La Liga menerusi laman twitter rasmi mereka mengucapkan takziah kepada semua mangsa yang terlibat dan penduduk di kepulauan Sumatera atas apa yang terjadi.

“La Liga mengucapkan takziah dan memberi sokongan kepada seluruh rakyat Indonesia dan semua yang terkesan akibat gempa bumi yang berlaku di kepulauan Sumatera.”

Bencana yang mengorbankan 92 orang dan 213 mengalami kecederaan itu turut menghancurkan banyak bangunan termasuk sekolah dan rumah-rumah penduduk.

Gempa bumi yang bermagnitud 6.5 itu berlaku pada hari Rabu di Wilayah Aceh.

Other posts by