Football

Penyokong Middlesbrough pamerkan pertunjukan ‘cahaya’ untuk Chapecoense

Dalam detik sukar yang menimpa dunia bolasepak ekoran tragedi nahas kapal terbang yang mengorbankan 71 penumpang termasuk pemain kelab Brazil Chapecoense, komuniti bolasepak menunjukkan pelbagai cara untuk memberi penghormatan kepada mangsa.

Penyokong kelab Liga Perdana Inggeris, Middlesbrough menggunakan elemen cahaya untuk memberikan penghormatan kepada mangsa nahas tersebut.

Pertunjukan cahaya tersebut dirancang menerusi media sosial, dan pada minit ke-71 penyokong menyalakan lampu menerusi telefon mereka sebagai tanda penghormatan kepada 71 mangsa yang terkorban.

Cahaya itu turut menyinari pasukan mereka apabila Middlesbrough mendapat tiga mata penuh selepas menewaskan Hull 1-0 dalam perlawanan di Stadium Riverside itu.

Boro menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi Gaston Ramirez, yang menanduk masuk bola hasil sepakan penjuru Viktor Fischer sejurus separuh masa kedua bermula.

Other posts by