Football

“Mourinho pernah pecahkan iPad di tepi padang” – Howard Webb

Bekas pengadil Liga Perdana Inggeris Howard Webb mendedahkan dia pernah menyaksikan Jose Mourinho “memecahkan iPad” di tepi padang.

Bercakap kepada Mirror Football, bekas pengadil perlawanan akhir Piala Dunia itu menceritakan pengalamannya menyaksikan pengurus Manchester United itu hilang kesabaran di tepi padang, ketika dia menjadi pengurus Chelsea.

Mourinho baru-baru ini dibuang padang dan diberikan penggantungan satu perlawanan kerana menendang botol air ketika pasukannya seri 1-1 dengan West Ham, dan nampak kecewa apabila pasukan kendaliannya semakin jauh tercicir dari kejuaraan walaupun beraksi baik.

Namun Webb, yang kini menjadi pengulas untuk BT Sport, berkata kegilaan pengurus Manchester United itu di tepi padang bukan perkara baru.

Menurut Webb, kebiasaan Mourinho terhadap keputusan pengadil menjadikan hubungannya dengan pegawai perlawanan tidak begitu baik, terutamanya apabila mereka perlu berdepan dengan masalah yang sama di atas padang.

Namun Webb mengakui dia gemar mengadili perlawanan yang membabitkan ‘pelbagai karakter’, dan percaya semangat Mourinho itu adalah punca dia begitu berjaya dan juga sebahagian punca kejatuhannya.

Pengurus berbangsa Portugis itu kembali di tepi padang untuk perlawanan MU menentang Everton pada hari Ahad, namun Red Devils terus gagal mengutip mata penuh.

Tiada kontroversi melibatkan pengurus itu kecuali tindakannya memasukkan Fellaini yang memberikan penalti kepada Everton pada minit ke-89.

Other posts by