Bendera Malaysia berkibar megah di Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Dunia yang berlangsung di Pattaya pada hari Jumaat lalu.
Sejarah tercipta apabila peserta Malaysia, Lilian Tan mencipta sejarah dalam kategori bina badan wanita apabila menjadi wakil Asia pertama memenangi gelaran juara sebanyak tiga kali.
Sebelum ini Lilian menjadi juara di Bangkok pada tahun 2012 dan Mumbai pada tahun 2014.
Memetik kata-katanya seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Star, dia berkata:”Saya tidak akan menaiki pentas tanpa membuat yang terbaik.
”Saya bergantung sepenuhnya kepada keyakinan untuk membawa saya sepanjang minggu lalu. Ini merupakan persiapan paling sukar dan mencabar buat saya.
“Saya mahu menunjukkan bentuk badan yang lebih baik daripada tahun 2014…oleh itu sayan menggunakan sepanjang 2015 untuk berusaha keras mencapai sasaran saya.”
Jurulatih kecergasan berusia 43 tahun itu menewaskan juara bertahan dari Vietnam Dinh Kim Loan dan Michele Steenhaut dari Belgium untuk merangkul gelaran juara.
Other posts by Khairul Nizam