Football

Chapecoense akan dianugerahkah Piala Copa Sudamericana

Pemangku Presiden CONMEBOL, Ivan Tozzo mengesahkan bahawa kelab tersebut akan dianugerahkan gelaran juara selepas 19 pemain mereka terkorban dalam perjalanan ke perlawanan akhir.

Chapecoense, kelab yang melalui minggu yang menyedihkan ekoran kejadian pesawat terhempas, akan dijulang sebagai juara Copa Sudamericana.

Juara Liga Colombia, Atletico Nacional, yang dijadualkan bertemu pasukan Brazil itu dalam perlawanan akhir timbal balik itu, secara rasmi meminta CONMEBOL, badan pentadbir bolasepak Amerika Selatan untuk memberikan piala tersebut kepada Chape awal minggu ini.

71 penumpang terkorban, termasuk 19 pemain Chapecoense yang menaiki penerbangan LaMia ketika dalam perjalanan ke Medellin apabila pesawat tersebut terhempas akibat kehabisan minyak.

Dan pemangku Presiden Ivan Tozzo mengesahkan pada malam Sabtu bahawa dia akan memberikan salah satu piala terbesar Amerika Selatan kepada pasukan dari Brazil itu.

“CONMEBOL telah mengesahkan bahawa mereka akan menganugerahkan gelaran juara Copa Sudamericana kepada Chapecoense,” kata Tozzo kepada Globo.

“Kami menerima sokongan dari semua persekutuan. CBF, CONMEBOL, FIFA dan terutamanya penduduk Chapeco.

”Sekarang kami dalam proses membentuk semula pasukan. Penduduk mahukan bolasepak, mereka cintakan bolasepak di Chapeco.

“Oleh itu, kami perlu teruskan. Mari kita berbincang dan berkerja, lupakan segalanya dan bentuk semula pasukan untuk tahun hadapan.”

Kelab-kelab dari Brazil telah berjanji untuk membantu Chapecoense untuk membentuk semula pasukan serta mengecualikan mereka dari penyingkiran selama tiga musim selain daripada menawarkan pemain untuk dipinjam secara percuma.

Other posts by