Football

Faiz Subri cipta sejarah berada dalam senarai akhir Anugerah Puskas FIFA

Jaringan ‘knuckleball’ Mohd Faiz Subri mencipta sejarah buat Malaysia apabila tersenarai dalam senarai akhir bagi Anugerah Puskas FIFA yang diumumkan pada Jumaat malam.

Gol Faiz Subri itu tersenarai bersama jaringan dari pemain tengah Corinthians Marlone dan pemain pasukan wanita Venezuela Daniuska Rodriguez daripada 10 senarai awal untuk anugerah itu.

Jaringan Faiz Subri ketika menentang Pahang di Stadium Bandaraya itu menewaskan jaringan daripada duo Barcelona Neymar dan Lionel Messi yang turut berada dalam 10 senarai awal.

Selain itu, klip video jaringan Faiz Subri itu juga merupakan video yang paling banyak ditonton di laman Youtube FIFA seperti dilaporkan oleh akhbar The Star dengan jumlah tontonan sebanyak 1,373,249 kali.

Peminat boleh mengundi untuk jaringan Faiz Subri di laman web FIFA sebelum keputusan diumumkan pada 9 Januari 2017 di Zurich Switzerland.

Ayuh rakyat Malaysia, mari kita cipta sejarah!

Other posts by