Football

Cavani dilayangkan kad kuning kerana mempamerkan t-shirt penghargaan Chapecoense

Penyerang Paris Saint-Germain Edinson Cavani dilihat beremosi selepas menjaringkan gol ke-100 gol untuk Ligue 1.

Cavani menjaringkan penalti berikut insident Hatem Ben Arfa, rakan sepasukannya yang ditolak jatuh oleh Angers.

Selepas menjaringkan gol, Cavani melucutkan jersinya untuk melancarkan t-shirt sebagai penghormatan kepada mangsa-mangsa nahas udara di Cerro Gordo, Colombia. Tragedi tersebut telah meragut 71 nyawa dan majoriti adalah dari kelab Brazil Chapecoense.

“Ada banyak perkara, banyak emosi hari ini,” katanya kepada pemberita. “Saya gembira untuk pasukan saya dengan kemenangan ini dan saya juga berharap untuk terus seperti ini.”

“Sebelum perlawanan, saya tahu jika saya menjaringkan gol untuk hari ini, saya akan mencapai 100 gol. Jadi, saya sangat gembira.”

Cavani telah diberikan kad kuning oleh pengadil untuk aksi tersebut, tetapi beliau faham yang pengadil terpaksa mematuhi peraturan liga.

“Saya menjelaskan kepada pengadil dalam bahasa Inggeris, beliau berkata ia adalah satu isyarat yang bagus. Tetapi ia adalah perkara biasa. Saya faham, saya tidak mempunyai hak untuk memberi mesej dan untuk menanggalkan jersi.”

“Yang paling penting ialah mesej. Kad kuning tidak menjadi masalah.”

Other posts by