Kadangkala dalam bolasepak, kualiti penyokong yang hadir lebih bermakna dari kuantiti.
Pasukan dari Non-league North Ferriby United – yang sedang bergelut di tangga terbawah Liga Kebangsaan – lebih mengetahuinya apabila mereka membawa segerombolan DUA orang penyokong ke perlawanan menentang Chester di tempat lawan pada malam Selasa lalu.
Dua penyokong itu dibawa bersama dalam perjalanan 418km itu untuk menyaksikan pasukan dari Yorkshire itu – yang naik ke liga peringkat kelima musim lalu – tetapi malangnya mereka tidak melihat persembahan mantap dari North Ferriby.
Pasukan yang mendapat jolokan The Villagers itu tewas 3-0.
Namun, kelab itu tetap menghargai ‘Ultras’ mereka yang hadir, bahkan menggunakan Twitter rasmi mereka untuk mengucapkan terima kasih.
We may not have thousands of fans but the ones we do have are flipping awesome!
Well done, guys! 260+ miles on a Tuesday night! #TopEffort https://t.co/1aaj347oTW
— North Ferriby F.C (C) 🏆 (@north_ferribyfc) November 29, 2016
North Ferriby kini di tangga terbawah Liga Kebangsaan, enam mata dari zon selamat, dan kekalahan kepada Chester itu merupakan yang ke-16 dari 23 perlawanan musim ini.
Apa yang jelas, pasukan ini mempunyai penyokong tegar yang bersama sampai mati! Selamanya North Ferriby United!
Other posts by Khairul Nizam