Football

Gareth Southgate dilantik sebagai pengurus England

Gareth Southgate telah dilantik sebagai pengurus England dengan kontrak empat tahun.

Southgate, 46, dinaikkan pangkat dari pengurus pasukan England Bawah 21 tahun pada bulan September ekoran pemecatan Sam Allardyce selepas 67 hari bertugas.

England menang dua dan seri dua perlawanan sepanjang Southgate memegang jawatan itu buat sementara dan kini telah menandatangani kontrak bernilai £2 juta setahun.

“Saya gembira berkerja bersama pemain sepanjang empat perlawanan lalu dan saya rasa ada potensi besar,”

“Saya begitu bangga apabila dilantik sebagai pengurus England. Namun, saya sentiasa berwaspada apabila mendapat jawatan ini, dan kini saya mahu membuat tugas dengan berjaya.

”Saya bersemangat mahu memberikan pasukakn yang terbaik kepada negara di mana mereka boleh berbangga dan menikmati permainan dan perkembangan mereka.”

Southgate yang merupakan bekas pemain pertahanan, membuat 57 penampilan untuk England, menjadi pengurus keempat England dalam tempoh empat tahun.

Bekas pemain Middlesbrough itu melihat anak buahnya menang besar ke atas Malta dalam saingan kelayakan Piala Dunia, sebelum seri tanpa jaringan di Slovenia.

Seterusnya pasukan kendaliannya menang 3-0 ke atas pesaing ketat mereka Scotland sebelum pasukannya seri 2-2 menentang Sepanyol di Wembley empat hari kemudian.

Sebelum menjadi sebahagian dari staff kejurulatihan England, satu-satunya pengalaman Southgate sebagai pengurus adalah ketika menjadi pengurus Middlesbrough selama tiga tahun di mana mereka tersingkir pada tahun 2009.

Pemahaman Southgate mengenai bolasepak antarabangsa dan pembangunan St George Park adalah salah satu kelebihannya, kata ketua eksekutif FA England, Martin Glenn.

“Gareth duta yang baik untuk perjuangan FA, dia seorang pakar taktikal bolasepak dan pemimpin, tapi di sebalik itu semua dia seorang pemenang dan itu satu perkara penting bagi jawatan ini,” tambahnya.

Perlawanan rasmi pertama Southgate sebagai pengurus tetap adalah perlawanan persahabatan menentang Jerman di Dortmund pada 22 Mac.

Other posts by