Football

JDT umum beri sumbangan kepada Chapecoense

Juara Liga Super Malaysia 2016, Johor Darul Ta’azim mengumumkan akan memberikan sumbangan kepada Chapecoense selepas kelab Brazil itu terlibat dalam nahas udara yang mengorbankan nyawa pemain dan petugas kelab tersebut.

JDT menerusi laman Facebook rasmi mereka mengumumkan: “Dengan titah DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim akan menghulurkan wang sumbangan kepada Kelab Chapecoense dari Brazil yang terlibat dalam nahas udara dan mengorbankan pemain-pemain serta kakitangan kelab terbabit. Sumbangan tersebut secara tidak langsung sedikit sebanyak dapat meringankan beban kelab tersebut.”

JDT menyertai kelab-kelab bolasepak dari seluruh dunia yang mengirimkan ucapan takziah kepada Chapecoense. Selain JDT, kelab Perancis Paris Saint-Germain juga mengumumkan akan memberikan sumbangan sebanyak ‎£40 juta kepada kelab berpengkalan dari Brazil itu.

Other posts by