Paul Pogba mendakwa Manchester United risau mereka mungkin ‘disumpah’ selepas bernasib malang musim ini.
United seri empat perlawanan terakhir liga mereka di Old Trafford walaupun menguasai perlawanan, dan Pogba berkata pemain tidak percaya dengan nasib malang mereka.
Perlawanan menentang West Ham pada Ahad lalu yang berakhir seri 1-1 menyebabkan mereka ketinggalan 11 mata daripada Chelsea dan Pogba berkata mereka seharusnya berada dekat dengan kedudukan teratas.
Dia memberitahu SFR Sport: “ Kami akan mula berfikir bahawa kami disumpah.
“Tidak kira pasukan mana yang datang ke sini, kami akan mendominasi mereka, sama ada Arsenal atau West Ham.
”Nasib kami akan berubah nant dan ketika itu kami akan mengambil peluang. Saya masih yakin kerana kami mencipta peluang. Dan ketika itu kami akan mengambilnya. Saya yakin dengan pasukan saya.”
Pogba kecewa dengan cara United bolos dan mendakwa mereka ‘kehilangan mata mudah’.
Namun pemain tengah itu yakin United akan mendapat rentak kemenangan tidak lama lagi.
“Kami perlu menumpukan pada benda kecil,” kata Pogba. “Hari ini kami melepaskan gol mudah, menentang Arsenal juga perkara sama berlaku.
”Saya masih yakin ianya akan muncul. Kami melepaskan mata mudah, tetapi ia akan tiba masanya.”
Other posts by Khairul Nizam