Bekas pemain Brazil, Ze Roberto menjulang kejuaraan Serie A Brazil bersama pasukannya Palmeiras selepas menewaskan Chapecoense 1-0 pada hari Ahad lalu.
Ze Roberto, 42 tahun menjulang trofi domestik ke-17 nya sekaligus menjadi pemain paling tua yang memenangi kejuaraan Brazil, menewaskan bekas pemain antarabangsa Brazil, Manga, yang berumur 39 tahun ketika melakukannya pada tahun 1976.
Jika anda menyangka Ze Roberto hanya memainkan peranan kecil dalam kejuaraan itu, anda silap. Ze Roberto melakukan 27 penampilan, menjaringkan satu gol dan dua bantuan gol dalam perjalanan mereka menjulang kejuaraan tersebut.
Selain Ze Roberto, turut bermain bersama Palmeiras adalah pemain muda yang bakal menyertai Manchester City, Gabriel Jesus.
Bayangkan Shukor Adan atau Amri Yahyah menjulang trofi Liga Super ketika berusia 42 tahun. Mustahil? Mungkin mereka boleh mula meminta tips dari Ze Roberto.
Other posts by Khairul Nizam