Sebelum adanya Eden Hazard dan Didier Drogba di Chelsea, Gianfranco Zola merupakan legenda di Stamford Bridge. Aksi hebat dan jaringannya meletakkan Zola sebagai pemain bertaraf legenda di Stamford Bridge sebelum era Roman Abramovich.
Malangnya tidak semua yang tahu. Pengulas sukan BT Sport Jake Humphrey memberitahu penonton bahawa seorang petugas di Chelsea telah menghalang bintang Itali itu dari masuk ke padang Stamford Bridge.
Zola yang beraksi untuk the Blues selama tujuh tahun selepas berpindah dari Parma pada tahun 1996 merupakan sebahagian dari tetamu untuk BT Sport yang mengulas mengenai perlawanan Chelsea bertemu Spurs pada hari tersebut.
https://www.youtube.com/watch?v=M6kmOSB6dVA
Humphrey berkata: “Kami kecewa. Kecewa? Salah seorang dari petugas memberitahu Zola untuk tidak masuk ke kawasan padang.
“Rio dengan sopan memberitahu petugas tersebut bahawa Gianfranco Zola merupakan legenda di padang itu.”
Mungkin Chelsea perlu mula memberi pelajaran sejarah kepada petugas kelab mereka nampaknya.
Other posts by Khairul Nizam