Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan kerjasama beberapa NGO lain hari ini melancarkan kempen tanda solidariti kepada etnik Rohingya sempena Piala AFF Suzuki.
Kempen di media sosial itu yang menggunakan hashtag #IngatBolaIngatRohingya itu bertujuan untuk memupuk kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai kekejaman yang berlaku di Myanmar ke atas etnik Rohingya.
Antara yang ditekankan adalah bahawa Malaysia tidak perlu menarik diri dari Piala AFF Suzuki tetapi menggunakan platform tersebut untuk mengadakan kempen kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai isu yang berlaku.
Memetik kenyataan dari ABIM: “Sekiranya mahu boikot atau memberi signal, sepatutnya sejak dulu lagi. Sekurang-kurangnya dengan tidak menyertai Piala AFF dari awal.”
Kempen ini menyeru rakyat Malaysia menggunakan hashtag #IngatBolaIngatRohingya, #SaveRohingya dan #PrayForRohingya di media sosial ketika perlawanan menentang Myanmar dan mengambil gambar sambil memegang kertas bertulis hashtag tersebut dan meletakkannya di media sosial.
Turut menyokong kempen ini adalah Restoran Line Clear Nasi Kandar Kampung Baru, Retro Bola Sepak (RBS), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan FC Barcelona Fans Malaysia.
Restoran Line Clear Kampung Baru akan mengadakan tayangan perlawanan separuh akhir dan akhir Piala AFF Suzuki 2016 dan pada masa yang sama akan mengadakan kempen kesedaran sebelum perlawanan bermula.
Other posts by Khairul Nizam