Football

USA pecat Jurgen Klinsmann dari jawatan ketua jurulatih

Jurgen Klinsmann telah dipecat dari jawatan ketua jurulatih pasukan kebangsaan Amerika Syarikat, umum presiden US Soccer Sunil Gulati.

Jurulatih dari Jerman itu telah ‘dilepaskan dari tugasannya’ selepas lima tahun mengendalikan pasukan AS, menurut kenyataan US Soccer.

“Hari ini kami membuat keputusan sukar untuk berpisah dengan Jurgen Klinsmann, ketua jurulatih pasukan bolasepak lelaki US dan pengarah teknikal.”

Amerika Syarikat kini berada di kedudukan tercorot kumpulan dalam saingan kelayakan Piala Dunia CONCACAF selepas tewas kepada Mexico dan Costa Rica.

Klinsmann telah bergelut untuk mengekalkan jawatannya dan menyatakan keyakinan akan kekal serta ‘1000 peratus’yakin mereka akan layak ke Russia 2018.

Kerjaya Klinsmann bermula di USA dengan satu kemenangan dari enam perlawanan. Namun, dia berjaya mengubahnya dan USA menang 12 perlawanan berturut pada tahun 2013 untuk merangkul Piala Emas dan membawa USA ke peringkat kalah mati di Piala Dunia Brazil tahun berikutnya.

Namun, peluang mereka untuk layak ke edisi seterusnya di Russia masih ada dan itu punca mengapa Klinsmann dipecat.

Kekalahan kepada Mexico dan Costa Rica yang menjaringkan empat gol menentang mereka menyebabkan US Soccer merasa risau dan terpaksa membuat keputusan memecatnya.

“Walaupun kami yakin dengan kualiti pemain untuk membantu kami layak ke Piala Dunia 2018, prestasi dan perkembangan pasukan sehingga kini meyakinkan kami untuk mencari jalan lain,” tambah Gulati.

“Perlawanan kelayakan seterusnya adalah di penghujung Mac, kami mempunyai beberapa bulan untuk menyediakan pasukan dan mencari jalan terbaik untuk layak ke Piala Dunia kelapan berturut-turut.”

Klinsmann dipecat dari jawatannya pada hari di mana pengurus sementara England Gareth Southgate ditemuramah secara rasmi untuk jawatan pengurus pasukan England, jawatan di mana Klinsmann turut disebut sebagai calon awal tahun ini.

Other posts by